Tuesday, September 15, 2009

Kepentingan Memulihara Bangunan Bersejarah

Pembangunan di Negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai Negara yang sedang membangun.Banyak kilang perindustrian,pusat beli-belah dan rumah dibina yang menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar.Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di Dewan Parlimen mutakhir ini ialah isu meruntuhkan bangunan bersejarah tetapi perbincangan itu telah membuat keputusan muktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut,Walau bagaimanapun,terdapat juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya,Jakarta.Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku?Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan?Tepuk dada tanyalah selera.Sebenarnya,terdapat pelbagai kepentingan kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku.monumen,mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting.Walaupun Malaysai telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun,kesan yang ditinggalkan oleh penjajah colonial seperti British,Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan.Di samping itu,bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan mewujudkan bangunan bersejarah,kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistic dan bukanlah cerita-cerita dongeng mitos atau lagenda.sebagai contohnya,zaman kegemilangan Bandar pelabuhan Melaka pasa abad ke-15 dab abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudkannya Pintu Gerbang de Santiago.Gereja Christ,Bangunan Stadhuys dan gereja St.Paul.Selain itu,Kota Cornwallis, Masjid Kling,Gereja St.George di Georgetown,Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik -detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18.Tegasnya,usaha meruntuhkah bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.